Tuesday, August 31, 2010

Assalamualaikum...salam perkenalan

Salam perkenalan dari kami..BUDAK-BUDAK SAMIJAN...
cebisan-cebisan peminat kesenian ayam serama yang masih utuh sejak tahun 2000 lagi.
Tahun 2000 merupakan titik awal kami didedahkan dengan ayam serama, tetapi pada waktu itu hobi ini kebanyakannya hanyalah untuk golongan bekerja sahaja walhal pada ketika itu kami masih dibangku sekolah..
bayangkan la meleleh bile tgk ayam harga mencecah ribuan ringgit...
Apa yang mampu pada waktu itu hanyalah beli ayam kapan dengan harga RM10-RM50 seekor, itupun mgharap belas ihsan pemilik ayam...hehe...
Sedikit pengalaman dari kami BUDAK-BUDAK SAMIJAN yang masih lagi belajar dan terus belajar dalam hobi membela ayam serama ini...
Selain dari hobi membela ayam serama kami juga ada membela Ayam Belanda, Ayam Turki, Burung Kuang dan Kenari. Maklumlah kesemua haiwan ini merupakan salah satu jamuan mata kami ketika di zaman persekolahan. Alhamdulillah sekarang kami boleh memiliki dan membela unggas2 tersebut....
Kepada semua sahabat peminat ayam serama kami juga berminat untuk bertukar2 pendapat dan pandangan berkenaan ayam serama, sedia maklum kami juga baru belajar.

No comments:

Post a Comment